Antarabangsa Bola Sepak Terkini

TECNO penyokong global rasmi pertandingan kelab AFC 2024-2025

Di TECNO, kami sentiasa percaya kepada semangat kesukanan yang dapat menyatukan komuniti dan memberi inspirasi kepada kemajuan.

Laury Bai (kanan) pada majlis menandatangani  perjanjian rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia, hari ini.

JENAMA teknologi inovatif TECNO mengumumkan telah menjadi Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.

Kerjasama strategik ini menegaskan komitmen TECNO untuk memperluaskan jangkauannya di pasaran utama di Asia selain membina hubungan bermakna dengan setiap peminat bola sepak yang berkongsi semangat “Stop at Nothing” dalam kemajuan dan inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran TECNO, Laury Bai menegaskan kerjasama ini mencerminkan nilai-nilai bersama seperti semangat, kecemerlangan, dan inovasi antara TECNO dan AFC.

Tegasnya lagi ia lebih daripada sekadar tajaan dan ini adalah mercu tanda yang memaparkan semangat ‘Stop at Nothing’ serta perayaan bagi kedua-dua pihak yang memulakan perjalanan baru untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna bagi peminat di seluruh Asia.

“Kerjasama ini bukan sahaja dapat memperkasakan setiap peminat bola sepak Asia untuk mengalami perlawanan yang lebih interaktif dan imersif melalui teknologi, tetapi juga untuk membina hubungan yang lebih mendalam berdasarkan semangat bersama antara TECNO dan peminat bola sepak,” ujarnya ada majlis menandatangani  perjanjian rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sementara itu Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata, AFC telah memasuki era baru inovasi dan transformasi, seiring dengan dorongan penstrukturan semula pertandingan kelab.

“Kami amat berterima kasih kepada TECNO kerana menyedari daya tarikan global yang semakin meningkat dalam pertandingan bertaraf dunia AFC, yang telahpun bersedia untuk mencatatkan tahap pertumbuhan yang tidak direkod.

“Pastinya kami berharap agar bekerjasama ini dengan TECNO dapat mencipta lebih banyak detik-detik yang mengujakan bersama peminat bola sepak Asia,” jelasnya.

Untuk rekod, melalui tajaan TECNO bagi Piala Negara-Negara Afrika ke-34 (AFCON), jenama ini telah mencipta impak yang berpanjangan dengan satu siri kempen yang membuat perlawanan dapat diakses oleh seluruh komuniti bola sepak di Afrika dengan mencipta pengalaman tontonan yang unik.

Memanfaatkan pangkalan peminat yang luas dalam pertandingan kelab AFC, dengan penonton televisyen global yang mencecah satu bilion, TECNO bersedia untuk membina hubungan dengan komuniti sukan yang besar, meningkatkan kegembiraan dan keseronokan bola sepak serta menggalakkan orang ramai membawa semangat kesukanan ini ke dalam kehidupan seharian mereka.

TECNO bertujuan untuk memperluaskan kehadiran jenamanya di pasaran di seluruh benua melalui kerjasama dengan AFC.

Dengan menjadikan teknologi canggih dan produk lebih mudah diakses, TECNO berharap agar dapat membawa pengalaman digital yang unik dan imersif kepada peminat bola sepak untuk meningkatkan cara mereka mengalami bola sepak dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, kerjasama ini menegaskan komitmen berterusan TECNO untuk menggunakan sukan sebagai jambatan untuk berhubung dengan pengguna global dan mencipta pengalaman bersama dalam kalangan penonton mereka.

Kepercayaan terhadap kuasa sukan dan teknologi untuk memberi inspirasi kepada individu untuk membuat kemajuan, mengejar impian, dan mengikuti minat mereka adalah sebahagian daripada DNA jenama TECNO.

Jenama ini telah berdedikasi untuk merealisasikan kepercayaan ini dengan mencipta program bermakna yang memotivasi pengguna untuk membuka potensi mereka melalui sukan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment