Lain-Lain

Pupuk semangat sukan dari akar umbi dengan MILO Champions Clinic


Foto MILO

Minuman malt coklat berkhasiat yang digemari rakyat Malaysia, MILO meneruskan misinya untuk menggalakkan pembangunan akar umbi melalui sukan dengan platform MILO Champions Clinic Dengan lebih 70 tahun penglibatan dan sokongan kearah pembangunan dan kecemerlangan sukan di Malaysia.

MILO memainkan peranan penting dalam menghubungkan ibu bapa dengan jurulatih bertauliah, menggalakkan kanak-kanak, terutamanya dari umur tujuh hingga 12 tahun untuk terlibat dalam sukan, kerana ia mengajar pelbagai nilai-nilai kehidupan yang penting

MILO Champions Clinic yang dilancarkan pada Ahad di Arena Sukan WNZ, Spacerubix, Puchong bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai MILO Champions Clinic dan ciri – cirinya seperti kebolehcapaian bagi ibu bapa untuk mencari jurulatih bertauliah disekeliling mereka.

Kem Juara adalah klinik sukan yang akan menjelajah keseluruh Semenanjung Malaysia secara roadshow, di mana MILO bekerjasama dengan jurulatih bertauliah dan pelbagai negeri dan sukan.

“MILO percaya bahawa sukan menjadi guru yang hebat memupuk banyak nilai kehidupan yang membina watak, disiplin, perpaduan, semangat berpasukan ketabahan dan banyak lagi dan inisiatif ini amatlah penting dalam menggalakkan pendedahan sedemikian terutamanya dalam kategori umur ini.

“Inisiatif ini juga selaras dengan kempen tematik sukan MILO tahun Ini. “Detik Mencetus Kejuaraan yang menekankan kepentingan sukan membantu membangunkan daya tahan dan ketabahan apabila mengatasi halangan mental dan fizikal dalam kalangan kanak-kanak, “kata Kerwin Lim Ketua Pemasaran Sukan, MILO Malaysia.

Pada pagi Ahad yang menyeronokkan, seramai 200 kanak-kanak dan ibu bapa serta ikon sukan kebangsaan yang telah mencipta kejayaan dalam sukan pilihan mereka turut hadir antaranya legenda bolasepak negara, Datuk Santokh Singh, bekas kapten hoki dan atlet olimpik negara, Dato Minarwan Nawawi, bekas atlet Olimpik 400m, Nazmizan Muhammad, Chiew Chun Yong bekas ketua jurulatih futsal kebangsaan, Daphne Ng bekas pemain badminton kebangsaan dan Nur Dhiyaa pemain bolasepak negara yang memulakan detik sukannya melalui MIO Champions Clinic

Jurulatih Yong Chiew Chun, salah seorang jurulatih perintis MILO Champions Clinic, menjelaskan “Sebab saya mewujudkan program Klinik Juara-Juara Futsal MILO in bersama MILO Malaysia bukan sahaja untuk menyediakan platform untuk menarik dan membangunkankanak-kanak berumur 7-16 tahun supaya mereka berpeluang menikmati dan mengenali permainan, tetapi juga untuk menyediakan latihan teknikal yang betul dengan jurulatih terpilih dan berkelayakan.

“Terbukti bahawa melalui program MILO Champions Clinic ini selama 8 tahun yang lalu program mi telah mewujudkan kumpulan pemain yang besar dan kami telah menemui dan melihat ramai pemain berbakat berkembang menjadi pemain Futsal dan bolasepak yang hebat di negara ini. Menang tidak penting pada peringkat pembangunan ini, kecintaan terhadap permainan dan berseronok adalah kuncinya,”katanya.

Legenda Bola Sepak Negara, Datuk Santokh Singh berhasrat lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada sukan “MILO sentiasa menyokong sukan Malaysia dan peningkatan sukan di setiap negeri di seluruh negara. Saya kekal komited kepada MILO kerana dedikasi komitmendan keazaman merekauntuk membangunkan sukandi negara ini,” ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading