Olahraga Terkini

BS Nutrition jalin kerjasama dengan ISN hasil produk protein bebas bahan terlarang

Melalui produk yang dihasilkan bersama ISN ini, para atlet tidak perlu bimbang akan kandungannya kerana ianya telah menepati keperluan dan formulasi yang ditetapkan oleh ISN.

Raja Lokman melayani tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri BS Nutrition tahun 2024.

SYARIKAT  pengeluar suplemen tambahan protein berjenama Malaysia, BS Nutrition  telah menjalinkan kerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) sejak dua tahun yang lepas bagi menghasilkan sebuah formula protein terbaru yang dikenali sebagai Perfomax.

Produk terbabit  yang bebas bahan terlarang serta selamat digunakan bagi kegunaan penggiat sukan termasuk atlet kebangsaan serta atlet lain di Malaysia  akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama kepakaran ISN dan BS Nutrition telah juga digunakan oleh beberapa Majlis Sukan Negeri bagi persediaan atlet-atlet ke Sukan Malaysia (SUKMA) ke 21 yang bakal berlangsung pada Sarawak, September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BS Nutrition, YM Raja Lokman Raja Ahmad menjelaskan, BS Nutrition juga terbuka untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan Majlis Sukan Negara (MSN), serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui penajaan atlet-atlet Kebangsaan yang akan bertanding di Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris, Ogos nanti mahupun temasya-temasya utama yang lain.

“Kami sentiasa terbuka untuk mencari peluang bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam meningkatkan kesedaran pentingnya nutrisi yang lengkap untuk tubuh badan terutama di kalangan atlet.

“Melalui produk yang dihasilkan bersama ISN ini, para atlet tidak perlu bimbang akan kandungannya kerana ianya telah menepati keperluan dan formulasi yang ditetapkan oleh ISN”, ujarnya ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri BS Nutrition tahun 2024 bertempat di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam, Selangor.

Turut hadir  Pengarah Bahagian Prestasi Sukan ISN, Dr Ahmad Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz, , Pengerusi MDDNM KL/Selangor Chapter, Datuk Zunaidah Idris dan Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof,  serta Timbalan Pengarah Projek Signature PKNS, Puan Hajah Azilah Arshad.

Sementara itu, menurut Dr Ahmad Zawawi, para penggiat sukan tidak perlu bimbang dengan penggunaan produk Performax kerana ianya telah memenuhi saranan nutrien untuk keperluan tubuh badan yang optimal semasa melakukan aktiviti kecergasan dari pihak kepakaran ISN.

“Umumnya, hasil dari kerjasama bersama pihak industri, kita hendak pastikan produk yang dihasilkan mematuhi seperti apa yang tertera pada label bungkusannya serta mematuhi kualiti yang sepatutnya kerana produk yang dihasilkan ini juga boleh digunakan oleh para atlet selain penggiat sukan.

“Kita juga telah mengesyorkan supaya bahan serta ramuan yang digunakan mempunyai kualiti yang baik serta nutrien yang penting untuk proses pemulihan dan tumbesaran otot selepas melakukan sebarang aktiviti sukan dan kecergasan”,” tegasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading