JAGUH Asia Tenggara, Thailand mengekalkan rekod tanpa kalah selepas seri tanpa jaringan dengan Oman pada perlawanan kedua Kumpulan F Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa malam tadi.
Keputusan itu mencerahkan lagi peluang skuad Gajah Perang untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua berturut-turut selepas edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu menjelang aksi terakhir kumpulan bertemu juara tiga kali, Arab Saudi, Khamis ini.
Thailand, yang dibimbing pengendali dari Jepun, Masatada Ishii ketika ini mengumpul empat mata selepas dua perlawanan. Pada perlawanan pertama minggu lalu, Thailand mengalahkan Kyrgyzstan 2-0.
Gajah Perang yang menghuni ranking ke-113 pula perlu mengelak daripada tewas atau sekurang-kurangnya seri berdepan Arab Saudi untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.










Add Comment