Lain-Lain

Program New Year Kedah Half Marathon & Charity Ride 2024 meriah


Alor Setar – Program New Year Kedah Half Marathon & Charity Ride 2024 mendapat sambutan yang mengalakkan apabila hampir 1,500 peserta menyertai penganjuran kali kedua tersebut.

Presiden Aafiyat Holdings Sdn Bhd, Aidil Azwal Zainudin berkata, program ini tidak hanya menampilkan larian santai, tetapi juga menggabungkan aktiviti amal jariah, persembahan zumba, dan pelbagai lagi.

Menurutnya, Ini merupakan satu langkah positif dalam menyemarakkan semangat kecergasan, keberanian, dan keazaman dalam kalangan masyarakat.

“Tahun baru adalah masa yang tepat untuk kita merefleksikan pecapaian kita sepanjang tahun yang berlalu, dan pada masa yang sama, menyusun azam-azam baru untuk masa depan. Program ini adalah permulaan baharu yang penuh dengan semangat keazaman dan keberanian seseorang individu,” katanya.

Hadir sama Exco Sukan Kedah, Muhammad Radhi Mat Din,Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Isahak Murat dan Pengarah Perubatan Kedah Medical Centre (KMC), Dato’ Dr. Kamaruzaman Ali.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak penaja
yang telah memberikan sokongan dan sumbangan untuk menjayakan program ini.

“Sumbangan mereka bukan hanya dari aspek kewangan, tetapi juga mencerminkan semangat komitmen terhadap kesihatan, kecergasan, dan kebersamaan komuniti,” tambahnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading