
SERAMAI 600 orang peserta telah menyertai Kejohanan Esport Piala Presiden Putrajaya yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM18,000.
Lima acara dipertandingan pada acara esukan iaitu Mobile Legends Bang Bang Terbuka (MLBB Open), Mobile Legends Bang Bang Tertutup Putrajaya (MLBB Putrajaya), PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile Open (PUBGM Open), eFootball Mobile Open dan eFootbal Console Open.
Kejohanan ini merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Esports Putrajaya telah dianjurkan di Shaftsbury Putrajaya Mall telah disertai oleh peminat-peminat Esukan seluruh Putrajaya dan juga serata Malaysia.
Presiden Esport Putrajaya, Syed Fakhrurrozi Syed Agil menjelaskan objektif utama penganjuran program ini untuk menjadikan Putrajaya sebagai hub esukan di Wilayah Perseketuan disamping untuk mencari bakat-bakat baru dalam esukan untuk mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi.
“Objektif kami menganjurkan program ini adalah untuk mengumpul peminat esukan di Putrajaya sebelum berlangsungnya Hari Sukan Negara yang akan disambut minggu hadapan di samping untuk menjadikan Putrajaya sebagai hab esukan di Wilayah Persekutuan.
“Melalui program ini juga pihak kami akan dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi mendapat pendedahan di peringkat lebih tinggi lagi selepas ini” katanya.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Syarikat Ikhasas Sdn Bhd, Y.A.M. Tengku Dato Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj yang juga telah menaja lokasi kejohanan.
Add Comment