SETIAWANGSA Rangers mara ke separuh akhir Saingan Kuala Lumpur Women Super League (KLWSL) 2023 apabila menewaskan Wangsa Maju City, 4-3 menerusi penalti sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan tamat masa penuh perlawanan dalam aksi suku akhir di Stadium Kuala Lumpur pada Ahad.
Skuad Wangsa Maju City kendalian Shahira Aqilah Shamsul memulakan aksi babak pertama dengan agresif dalam usaha meraih jaringan awal dalam usaha memberi tekanan kepada pasukan lawan.
Namun, benteng Setiawangsa yang diterajui Amy Misayza Khamis ampuh bertahan mematahkan segala ancaman Wangsa Maju.
Babak kedua menyaksikan Setiawangsa mengimbangi perlawanan dan beberapa kali mengancam benteng Wangsa Maju menerusi ancaman yang dijemlakan penyerang mereka, Afira Nurtaqwa Ar Razi.
Tamat masa sebenar perlawanan dan tambahan, kedua-dua pasukan kekal buntu meraih gol da pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.
Setiawangsa tidak memulakan sepakan penalti dengan baik apabila Priyanka Karunathan gagal menyempurnakan sepakan menewaskan Noorasyeimah Mohd Rashid di gawang Wangsa Maju.
Bagaimana pun, skuad kendalian Mohamad Norfaez Alias menyempurnakan kesemua baki empat sepakan tatkala, Wangsa Maju pula gagal menyempurnakan dua sepakan dan terpaksa akur dengan kemenangan Setiawangsa.
Turut mengesahkan tempat ke separuh akhir ialah FC Spicegals yang menewaskan FC Japan Malaysia 5-1 dalam satu lagi aksi di Stadium Kuala Lumpur, PJ Kita mara selepas merakam kemenangan besar 6-0 ke atas Strenen FC dan Kelantan FA juga mara selepas Sunbears 2-0 di Padang MSN Setiawangsa pada Ahad.
Aksi separuh akhir bakal berlangsung pada 8 Oktober dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada jam 3 dan 5 petang, 8 Oktober ini.
Aksi final dan penentuan tempat ketiga-keempat akan berlangsung di stadium sama 15 Oktober pada jam 3 petang dan 8.30 malam.menyaksikan Kelantan FA mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir selaku juara Kumpulan B apabila mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus selepas menewaskan Wangsa Maju City 2-1 di padang MSN Setiawangsa pada petang Ahad.
Satu lagi aksi Kumpulan B menyaksikan FC Japan Malaysia menewaskan Mixstars 2-0 di Padang MSN Setiawangsa manakala dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung di Akademi KLFA,
Sunbears FC menewaskan Galaxi Social team 1-0 dan PJKITA FC menewaskan FC Spicegals 1- 0 untuk mengesahkan kemaraan selaku juara Kumpulan A.
Selain Kelantan dan PJKITA yang mara selaku juara kumpulan, pasukan-pasukan lain yang mara ke suku akhir ialah FC Spicegals,Setiawangsa Rangers dan Sunbears daripada Kumpulan A manakala, Wangsa Maju City, FC Japan Malaysia dan Strenen daripada Kumpulan B.
Add Comment