Bola Sepak

Skuad ‘rotation’ JDT tidak menghampakan


FOTO JST

Walaupun meletakkan ramai pemain yang kurang diturunkan dalam kesebelasan utama, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 selepas menewaskan Negeri Sembilan FC 4-1 pada suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad.

Harimau Selatan mara dengan agregat 7-1 dan kejayaan tersebut jelas mengembirakan pengendalinya, Esteban Solari kerana mempunyai skuad ‘rotation’ yang baik.

Menurutnya, rata-rata pemainnya menunjukkan prestasi yang baik walaupun ramai yang baru sahaja pulih daripada dibelenggu masalah kecederaan.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Selatan hanya memerlukan enam minit untuk mendahului Negeri Sembilan hasil jaringan Bergson. 

Selang lima minit kemudian, Bergson menambah satu lagi gol dan pada minit ke-29 Juan Munis meletakkan JDT dihadapan dengan 3 gol hasil sepakan percuma ledakan roketnya. 

Skuad Jang tidak berputus asa apabila berjaya mendapatkan gol sagu hati pada minit ke-39 hasil jaringan daripada Zamri dan debelum tamat perlawanan, Forestieri tambah 1 gol lagi untuk menambah luka Negeri Sembilan pada masa tambahan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d