Lain-Lain

Sambutan wira emas Universiade Chengdu


Sehingga kini kontinjen negara di Chengdu telah memperolehi 1 pingat emas, 1 perak dan 4 gangsa.

Ketibaan skuad wushu dari Universiade Chengdu bersama pemenang pingat emas tunggal Malaysia Tammy Tan Hui Ling yang  menamatkan kemarau 38 tahun penyertaan Malaysia di Universiade disambut sebagai wira negara di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, siang tadi.

Kesemua atlet wushu negara yang menyumbang pingat di temasya sukan universiti dunia itu diberikan kalungan bunga dan serta disarungkan kembali pingat sebagai simbolik kejayaan mereka.

Wushu merupakan pasukan paling cemerlang dengan sumbangan 1 pingat emas dan 3 gangsa sekaligus melengkapkan sasaran 3 pingat untuk Kontinjen Malaysia di Universiade Chengdu.

Sehingga kini kontinjen negara di Chengdu telah memperolehi 1 pingat emas, 1 perak dan 4 gangsa.

Temasya sukan Universiade Chengdu akan berakhir pada selasa nanti.

Turut berada di lapangan terbang menyambut kepulangan kontinjen negara adalah Dato’ Dr Hj Megat Sany Megat Ahmad Supian yang mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi dan Dato’ Chong Kim Fatt, Presiden Persekutuan Wushu Malaysia.

Kejayaan pingat emas di Universiade ini sangat bersejarah dan telah menaikkan nama Kementerian Pendidikan Tinggi dan mengembirakan Yang Berhormat Menteri KPT, jadi saya ucapkan terima kasih kepada Persekutuan Wushu Malaysia, Asia Pasifik University dan semua yang terbabit menyumbang kepada kejayaan ini”, kata Dato’ Dr Hj Megat Sany Megat Ahmad Supian.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: