Hoki Terkini

Kejohanan Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia 2023 pentas pemilihan

Pasukan telah melakukan persiapan untuk ke Kejohanan dan melalui fasa kesesuaian fizikal serta program khas bagi memantapkan lagi pasukan.

KEJOHANAN Hoki Hero Trofi Juara-Juara Asia, Chennai, India 2023 bermula 3 hingga 12 Ogos 2023 merupakan landasan terakhir untuk pasukan melakukan persiapan ke Temasya Sukan Asia Hangzhou, September tahun ini.

Pengendali Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Coach A. Arulselvaraj berkata, pemilihan pemain  dilakukan meliput setiap aspek termasuk tahap kecergasan pemain serta pemulihan kembali daripada kecederaan.

“Pasukan telah melakukan persiapan untuk ke Kejohanan dan melalui fasa kesesuaian fizikal serta program
khas bagi memantapkan lagi pasukan.

“Kami juga telah mendapatkan khidmat Glenn Turner dan Kieran Govers dalam memantapkan lagi corak
serangan selain kami turut memberikan tumpuan kepada struktur pasukan ketika melakukan serangan
balas.

“Saya berharap di kejohanan ini pemain akan menunjukkan kesungguhan dan usaha yang lebih daripada
100 peratus serta yang paling penting mereka percaya kepada diri sendiri.

“Pasukan telah melakukan persiapan yang maksimum menuju ke kejohanan ini jadi pemain perlu percaya meraka boleh memberikan aksi yang terbaik serta mampu untuk melakukannya kerana kepercayaan diri yang tinggi itu akan meningkatkan lagi kepercayaan pasukan serta antara satu sama lain bahawa mereka boleh beraksi dengan terbaik,” ujarnya.

Pada kejohanan tersebut, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengumumkan barisan 20 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Najmi Razak .

Kejohanan edisi ke-7 ini menyaksikan Malaysia akan menerima tentangan daripada tuan rumah India, Korea,
Jepun, China serta Pakistan dan menerusi senarai pemain yang diumumkan, turut disenaraikan adalah dua
pemain yang dipanggil kembali beraksi bersama pasukan kebangsaan, Mohd Fitri Saari dan Abdul Khaliq
Hamirin.

Skuad Senior Lelaki Kebangsaan akan berlepas ke Chennai, India pada Sabtu (29 Julai 2023) dan akan
membuka tiria kejohanan pada 3 Ogos 2023.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: