
SELANGOR FC meraih tiga mata berharga untuk terus mengukuhkan cengkaman di tangga kedua Liga Super apabila menewaskan Kuching City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Tuan rumah berada di depan pada minit ke-26 menerusi Ayron del Valle yang menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menjadi jaringan ke-14 penyerang dari Colombia itu dalam saingan liga musim ini.
Gergasi Merah Kuning terus melebarkan jurang menerusi Yohandry Orozco yang menyempurnakan kemudian umpanan Faisal Halim pada minit ke-55 untuk kedudukan 2-0 mengatasi pelawat.
Kuching City berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Amir Amri Salleh pada minit ke-89, namun sudah terlambat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Add Comment