Bola Sepak

Pan Gon lakukan perubahan lawan Papua New Guinea


FOTO FAM

Kim Pan Gon mahu melakukan perubahan pada kesebelasan utama Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.

Menurutnya, selepas menumpaskan Kepulauan Solomon 4-1 baru-baru ini, ruang perlu diberikan kepada pemain lain yang tidak diturunkan sebelum ini.

“Saya mahu menjadikan mereka terus bersaing antara satu sama lain. Saya mahu mereka rasa tiada kesebelasan utama yang tetap, sesiapa sahaja boleh berada dalam skuad utama. Persekitaran begini yang saya suka,” katanya.

Pan Gon berkata lagi, beliau mahu memanfaatkan sebaik mungkin perlawanan tersebut yang dianggap sebagai eksperimen bagi menguji semua pemain Malaysia.

Jelasnya, persaingan dalam kalangan pemain diharapkan terus meningkat menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.

“Sekarang kita ada dua pemain untuk satu posisi jadi mudah-mudahan boleh meletakkan tiga. Jadi semua orang perlu bersaing antara satu sama lain untuk tempat dalam kesebelasan utama.

“Apabila kita beri mereka peluang untuk bermain, mereka perlu tunjukkan kepada kita bahawa mereka lebih baik daripada pemain lain dalam posisi itu,” ujar beliau lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading