
Dua pemain negara, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Endrick Dos Santos tidak dapat diturunkan pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada malam Selasa selepas kedua-duanya cedera.
Pengendali kebangsaan, Kim Pan Gon mengesahkan perkara itu selepas ujian dibuat ke atas dua tonggak Johor Darul Tazim itu.
Menurutnya, pegawai dan pasukan perubatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan pemainnya.
“Pasukan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini.
“Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu,” katanya.
Add Comment