
Kuching City FC mengajak penyokong untuk memenuhkan Stadium Negeri pada Khamis ini bagi aksi kedua Liga Super 2023 menentang Selangor FC.
kelab yang beraksi selaku tuan rumah buat kali pertama bagi perlawanan Liga Super 2023 mahu memberikan ticket percuma kepada penyokong bagi berkongsi detik-detik bersejarah dengan penyokong.
“Kuching City ingin memberikan tiket percuma bagi semua yang ingin hadir ke perlawanan tersebut sebagai tanda kesyukuran Dan apresiasi kepada semua penyokong dan peminat Sukan Bola sepak tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tiket boleh dituntut di kaunter tiket zon A dan B pada Khamis bermula jam 10 pagi hingga 3 petang di Stadium Negeri dan seorang hanya layak mendapatkan maksimun 5 tiket sahaja.
“Kepada para pemenang tiket percuma melalui pertandingan di CatsFM serta yang telah membuat tempahan online, tiket anda boleh ditebus/digunakan untuk perlawanan menentang Sabah FC pada 6 Mac ini jam 8.15 malam.
“Para penonton digalakkan untuk datang awal dan meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang disediakan. Para penonton juga diingatkan untuk tidak membawa sebarang barang larangan seperti air botol plastik ke dalam stadium kelak,” katanya lagi.
Add Comment