Liga Malaysia 2023

BubblesO2 penaja baharu Liga M 2023

BubblesO2 adalah pengeluar air mineral beroksigen semula jadi pertama di Malaysia yang mula diperkenalkan pada 19 April 2019.

Ain Azizah (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam pada majlis menandatangani perjanjian penajaan.

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL), mengumumkan BubblesO2 sebagai rakan penaja baharu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas menandatangani kontrak perjanjian selama setahun hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BubblesO2 Sdn Bhd, Ain Azizah Arifin optimis BubblesO2 dapat menyumbang sesuatu bagi memberikan sokongan kepada kelab Liga M seperti pernah dilakukan ketika menjadi penaja kepada beberapa sukan lain sebelum ini.

Ujarnya, walaupun ini kali pertama pihaknya membabitkan diri dalam sukan bola sepak, BubblesO2 positif dengan pengalaman yang ada dapat memberikan kelebihan dan manfaat kepada semua terutamanya kepada barisan pemain Liga M.

“Ini kerana kita tahu dengan perlawanan yang semakin bertambah musim ini, sudah tentu tahap kecergasan pemain menjadi keutamaan dan kami di BubblesO2 hadir sebagai salah satu fungsi air mineral yang berkualiti untuk membantu mereka sepanjang musim ini,” katanya.

BubblesO2 adalah pengeluar air mineral beroksigen semula jadi pertama di Malaysia yang mula diperkenalkan pada 19 April 2019.

Sementara itu, Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran BubblesO2 dalam kancah bola sepak tempatan akan dapat membantu pasukan terutamanya pemain yang mementingkan penghidratan sepanjang masa.

“Saya percaya kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak di mana dengan liputan meluas Liga Malaysia di negara ini bakal mengukuhkan lagi jenama BubblesO2,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: