Terkini

Kejohanan NBL 2023 tarik minat syarikat Korea Selatan


Mr Theekshana Gammanpila(kiri), Lah Je-hoon (dua,kiri) Sazali (dua,kanan) dan Ahmad Yuzairy Mohamad (kanan) memperkenalkan bola yang bakal digunakan pada NBL 2023.

SUKAN Besbol di Malaysia kini mula mengorak langkah apabila mendapat perhatian pengeluar peralatan sukan dari Korea Selatan, Skyline Sports Inc  yang sudi menaja bola besbol untuk  digunakan sepanjang liga kejohanan Liga Besbol Kebangsaan (NBL 2023).

Persefahaman ini dimeterai Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dan Skyline Sports Inc yang berlangsung di pejabat BFM di Denai Alam Shah Alam, hari ini.

Antara perkara utama di dalam perjanjian persefahaman ini, adalah penajaan strategik selama 10 tahun, bantuan teknikal dan rangkaian kerjasama dari Korea Selatan ke BFM.

Presiden BFM, Sazali Husain berkata, kerjasama ini amatlah bermakna bagi yang pada masa sama mendapat bantuan professional dari badan-badan besbol utama dari negara gergasi besbol seperti Korea Selatan.

“Satu lagi detik bersejarah buat besbol Malaysia. BFM amat teruja apabila buat julung kalinya membentuk kerjasama strategik bersaman syarikat bola besbol gergasi antarabangsa Skyline Sports Inc.

“Kini kita sudah ada logo sendiri di setiap bola yang akan digunakan untuk liga kebangsaan NBL 2023 dan juga untuk latihan pasukan negara.

“Menerusi kerjasama ini, pemain-pemain besbol tempatan juga berpeluang menggunakan bola yang berkualiti tinggi setaraf kejohanan antarabangsa.

“Ini juga membuktikan liga besbol tempatan mampu menarik kerjasama strategik antarabangsa dan diharap kita dapat menarik lebih banyak lagi kerjasama strategik antarabangsa di masa akan datang,” katanya.

Bola berkenaan akan digunakan bukan sahaja semasa pertandingan tetapi juga semasa sesi latihan pasukan negara.

Sebelum ini NBL2023 telah mendapat penajaan daripada syarikat tempatan Aeon Big (M) Sdn Bhd dan Bubbles02 Sdn Bhd sebagai penaja utama.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: