
PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu semua penyokong kelab itu mengimbas semula permulaan dan perjalanan kelab tersebut.
Tunku Ismail turut mengingatkan bahawa tahun baru ini membawa agenda dan projek-projek baharu selepas meraih pelbagai kejayaan, pembangunan dan sejarah yang tercipta.
“Semua yang kami lakukan semenjak 2013 daripada video di media sosial, strategi komersil, pembangunan bola sepak, insfrastruktur dan lain-lain baru diikuti mulai tiga atau empat tahun lepas hingga ke hari ini.
“Malah cara kami meraikan kejayaan kelab kami setiap tahun adalah luar biasa.
“Hanya orang yang tidak berakal sahaja yang menafikan dan tidak boleh menerima fakta iaitu kami adalah peneraju bola sepak tanah air.
“Pada era yang baharu ini, pendekatan kami lain. Di dalam dan di luar padang. ‘No more story line’,” kata Tunku Mahkota Johor.
Ujar Tunku Ismail lagi, semua benda yang dilakukan dengan pendekatan lebih ‘short, sharp, simple, and class’.
“Tahun ini adalah tahun di mana kami akan ‘Elevate the game’. Coming soon… Enjoy!,” katanya lagi.
Add Comment