Lain-Lain

Hari Keluarga FAM meriah!


Semua warga kerja FAM berkumpul di Kelana Jaya pada Sabtu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kembali menganjurkan Hari Keluarga FAM 2022 yang telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Sabtu.

Program tersebut kali terakhir diadakan pada 2016 dan mendapat sambutan meriah dengan penyertaan kakitangan FAM, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya diketuai oleh Kim Pan Gon berserta ahli-ahli keluarga masing-masing.

KPG turut bermain bola sepak kain pelekat.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin turut sama menyertai dan menyaksikan acara-acara yang disusun sepanjang program hari keluarga tersebut.

Antaranya bola sepak kain pelekat, tarik tali, bola keranjang kampung, boling kampung, lari dalam guni dan menganyam ketupat yang membabitkan peserta dewasa lelaki dan wanita serta juga acara-acara bagi kanak-kanak.

Aktiviti menganyam ketupat.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: