Bola Sepak

JDT tepati ramalan julang Piala FA 2022!


Bergson jaring dua gol bantu JDT jinakkan TFC 3-1 di pentas final Piala FA 2022.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan menjulang Piala FA 2022 apabila berjaya menewaskan Terengganu FC 1-3 pada pentas akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Pada awal permainan jelas didominasi oleh Harimau Selatan yang berjaya memberikan tekanan kepada pasukan lawan dalam usaha mencari gol awal.

Ariff Aiman berjaya meletakkan JDT di hadapan 0-1 pada minit ke-34 selepas menerima umpanan dari rakan sepasukan, Leandro Velaquez dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

JDT terus menjarakkan kedudukan kepada 0-2 apabila Bergson menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas dia dikasari oleh penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim.

Sang Penyu kemudian merapatkan kedudukan 1-2 menerusi ketua pasukannya, Tchetche Kipre pada minit ke-75 hasil usaha keras dilakukan oleh pasukan tersebut.

Namun Bergson kembali menjarakkan kedudukan 1-3 selang dua minit kemudian hasil serangan balas pantas dilalukan oleh JDT.

Gol tersebut hasil kuisan menarik pemain itu bagi menewaskan Rahadiazli yang keluar awal dari luar kotak penalti namun gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya mereka.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading