Bola Sepak Komentar Rencana

JANGAN BANYAK KES MAHKAMAH DARI MAIN BOLA DAH LAH…


Bicara Otai Sukan

Dr Pekan Ramli

“Benda baik, kita sokong. Perkara baik, kita puji. Barang baik, kita beli. Niat baik, kita doakan, Janda baik, kita pergi ke Bukit Tinggi”….ha ha ha…..bergurau je, jangan marah.

Dah seminggu dua ini saya tidak menulis artikel Bicara Otai Sukan kerana berada di Turin, Itali. Saya dah minta ‘excuse’ pada boss@CakapSukan, Izahar Atan bahawa saya bertugas di luar negara (World University Championship Golf), selama 9 hari. ‘Stay’ di J Hotel (Hotel milik Juventus), sebelahnya pusat latihan Juventus dan berhampiran Allianz Stadium milik kelab tersebut.

Sempat juga saya masuk ‘beli dan belah’ ke kedai ‘merchandise’ kelab tersebut bersekali dengan bangunan Allianz Stadium, memang terpukau dan rambang mata dibuatnya. Terpikir saya kalaulah suatu hari nanti ada kelab bolasepak di Malaysia sampai ke tahap ini, wahhhh….pasti berbangga rakyat Malaysia…..pangg, pangg, pangg (3 kali terpaksa saya tampar pipi saya….baru saya tersedar…..aduhh, saya bermimpi tadi…..).

 

Sampai KLIA pada tengah malam kelmarin selepas mengharungi ‘journey’ yang menyeksakan tempoh ‘transit’ hampir 20 jam di Frankfurt dan Colombo (ngeri dengar transit kat sini, lama pulak tu, sampai 6.10 pagi, 3.30 petang baru ‘depart’ KLIA) tidak termasuk dalam

pesawat selama hampir 16 jam (perjalanan hampir dua hari, rasa serik nak ‘travel luar negara dah’) barulah sampai KLIA. ‘Kepada warganegara Malaysia, Selamat Pulang ke Tanahair’. Rindu nak dengar pengumuman ini, malangnya naik ‘flight’ yang sepatah haram tak paham bahasanya, maka takde ‘feel sangat’lah sampai KLIA walaupun dah dua tahun tak ‘travel’ jauh….he he

Pengajarannya, lain kali jangan serah bulat-bulat pada ‘travel agent’ pilih ‘route’ laluan untuk sesuaikan dengan ‘bajet’, tambahan pulak kalau bajet terhad. Masaklah kita naik ‘flight’ yang bukan-bukan dan kita jadi ‘orang kaya gelandangan’ tidur bergelimpangan di ‘airport’ akibat transit yang panjang dan menyeksakan.

Saya lagi terseksa, esok paginya ke KLIA

semula, berangkat pula ke Ubon Ratchathani, Thailand untuk satu lagi tugasan (Asean University Games) di luar negara selama 12 hari.

Apa pun rakan-rakan media tetap menghubungi saya sama ada di Tyrin, Itali dan juga di Ubon Ratchathani ini untuk mendapatkan komen khisusnya tentang penstrukturan baru Liga Malaysia yang diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) menerusi pelbagai ‘angle’ yang mereka mahukan.

Dr Pekan Ramli ketika berada di Juventus Training Center

Apapun, Syabas dan Tahniah kepada Malaysian Football League (MFL) atas cadangan penstrukturan semula Liga Malaysia bermula 2023. Jujur saya katakan, ini perkara yang rasional dan idea masa depan yang sangat praktikal.

Memang banyak aspek-aspek dan persepsi negatif khususnya di peringkat permulaan. Cuma bagi saya ianya lebih terarah kepada bagaimana untuk mengatasi segala cabaran tersebut. Bukan kepada MFL tetapi kepada semua 18 pasukan dan kelab bolasepak yang bakal bersaing pada Liga Super musim depan.

Bukan apa, semua ini kerana ‘track record’ kita yang agak buruk atau sejarah hutang tertunggak dalam bolasepak Malaysia (kepada 147 pemain) hingga terpaksa orang lain (FIFA) yang bayarkan hutang yang dilakukan oleh orang lain.

Agaknya isu hutang atau gaji tertunggak dalam bolasepak Malaysia ni dah macam orang kahwin cerai, kahwin cerai agaknya….sekejap je seriknya…..bila lama tak dapat makin lama lagi sedap, lagi

teringin agaknya….tetap nak juga……… urmmm, lantaklah, ‘you ask for it’…..

Apapun, ‘frankly speaking’, idea MFL ini

sebuah ‘realiti’ dan bukan ‘angan-angan mat jenin’. Bagaimanapun jika tidak kena gayanya ia boleh jadi ‘igauan buruk’ dan ‘mimpi ngeri’ kepada sukan bolasepak tanahair. Ibarat ‘ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari’.

 

Saya sangat positif dengan idea ini, namun yang terbayang di kepala otak saya apakah Liga Bolasepak Malaysia dengan 18 pasukan berbanding 12 sebelum ini dan pada aksi Liga Super 2023 nanti akan menjadi lebih rancak dan meriah dengan limpahan tajaan, serta aksi hebat pemain-pemain import serta kebanjiran penyokong ke stadium????

Atau lain jadinya apabila cerita bolasepak tidak sehebat mana tetapi yang meriah dan hangat cuma ‘color story’ atau ‘event off the court’nya, kisah-kisah sensasi, sedih pilu, gaji tertunggak berbulan-bulan,  pemain diugut agar tidak menghebahkan pada media, pengurusan nafikan gaji tertunggak berbulan-bulan (cuma sebulan sahaja kononnya), jurulatih ditamatkan kontrak sebab mengadu pada media dan macam-macam lagi.

Bertambah teruk kalau ada pasukan atau kelab yang tidak mampu untuk membeli tiket pesawat, beraksi sebagai pasukan pelawat ke Kota Kinabalu atau Kuching (ini sudah berlaku pada Liga M3 hingga pasukan wakil Sabah senang-senang mendapat kemenangan percuma dalam beberapa perlawanan). Kita tidak mahu Liga Super musim depan dijangkiti

sindrom ini.

Oleh kerana tiadanya ‘grace period’ untuk struktur baru yang akan bermula 2023, ada pasukan atau kelab terutama yang bakal ditawarkan beraksi di Liga Super sangat teruja dengan peluang ini.

Ironinya, tiada satu pun yang protes atau memberikan reaksi negatif, bagi mereka peluang ini ibarat ‘kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’ atau bagi mereka juga dapat beraksi di Liga Super musim depan bagaikan mendapat ‘durian runtuh’.

Janganlah jadi ‘kera mendapat bunga’.

Sepatutnya setiap pasukan atau kelab perlu ‘studi’ dahulu, jangan terima atau bersetuju bulat-bulat, sepatutnya ambil langkah seperti ‘bak membelah buah

kepayang muda, dimakan mabuk, dibuang sayang’.

Idea yang bagus tetapi tidak perlu tergesa-gesa. Bagilah sedikit waktu agar ‘kalau nak jatuh, biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas’.

Pertimbangan yang matang serta pelbagai persoalan perlu dihuraikan terlebih dahulu. Segalanya perlu bersandarkan kepada situasi semasa, senario serta krisis yang dihadapi oleh pasukan atau kelab dalam Liga Malaysia dan juga kecelaruan kehidupan serta ekonomi sejagat pada ketika ini akibat pandemik Covid-19. Adakah ini waktu yang sesuai???

Mengatakan ‘tidak’ sepenuhnya kepada ‘idea’ oleh MFL ini bukan jawapan tepat atau bijak. Saya akui ini suatu pemikiran

profesional yang sangat relevan untuk membantu Liga Malaysia lebih kompetitif, progresif dan mempunyai ‘added value’ atau nilai tambah yang boleh meningkatkan aspek komersial secara keseluruhan dan semua pihak mendapat keuntungan bersama.

Beberapa persoalan timbul dibenak pemikiran saya bila perkara ini muncul. Apakah ini waktu yang sesuai untuk ‘take off’ penstrukturan semula Liga M ini pada 2023???, hanya tinggal lebihkurang 5 atau 6 bulan lagi untuk 18 pasukan itu benar-benar bersedia (sori lupa, 17 pasukan sahaja) dan juga khususnya kepada 6 pasukan tambahan di Liga Super 2023 nanti. Harap-harap, ‘ada padi, semua kerja jadi’. Jangan ‘belum duduk sudah berlunjur’ nanti.

Selamat bertanding kepada semua 18 pasukan. Cari duit banyak-banyak dulu, paling tidak (RM15 – 20 juta setahun) barulah angguk-angguk, kalau tidak baik geleng-geleng. Jangan bercakap dengan air liur. Nanti banyak pasukan atau kelab sibuk dengan kes mahkamah daripada sibuk di padang. Nauzubillah…..


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: