Bola Sepak

Harimau Malaya B19 asah taring di Vietnam


FOTO FAM

20 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Hassan Sazali Mohd Waras bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa, 2 Ogos ini.

Latihan berpusat tersebut adalah sebagai persiapan menghadapi cabaran Kelayakan Piala Asia B-20 2023 pada September ini.

Bagi tujuan tersebut, skuad B-19 kebangsaan juga bakal menyertai Youth International U-19 Football Tournament 2022 anjuran Konfederasi Bolasepak Vietnam (VFF) bermula 5 hingga 11 Ogos di Binh Duong, Vietnam. 

Daripada 20 pemain ini, Hassan Sazali hanya mengekalkan enam pemain dari skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 Indonesia pada 15 Julai lalu.

Sementara itu, enam pemain berikut diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya terdapat perubahan pada senarai nama di atas.

Pada kejohanan ini, Malaysia akan bersaing bersama tiga pasukan lain iaitu pasukan tuan rumah, Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Berdasarkan jadual perlawanan, skuad B-19 kebangsaan akan memulakan saingan dengan perlawanan pertama menentang Thailand pada 5 Ogos; Vietnam pada 7 Ogos dan Myanmar pada 9 Ogos.

Perlawanan penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada 11 Ogos.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: