Low Zhen Yong menceriakan Kontinjen Malaysia pada hari pertama Temasya Sukan Universiti Asean di Ubon Ratchathani, Thailand apabila menyumbang emas pertama negara menerusi kejayaan dalam acara renang 400 meter gaya bebas di Kolam Renang Kampus Banyang Noi Universiti Ubon Ratchathani petang tadi.
Perenang pilihan negara Welson Sim yang memenangi acara yang sama di AUG Myanmar 2018 gagal mempertahankan kejayaan apabila sekadar menyumbang pingat gangsa.
Zhen Yong dari Universiti Sunway bagaimanapun gagal mengatasi catatan
rekod kejohanan oleh Welson Sim di Myanmar apabila sekadar mencatat masa 3 minit 59 perpuluhan 57 saat.
Kontinjen Malaysia turut merangkul dua pingat perak dari kolam renang hari ini. Pingat perak pertama disumbangkan oleh Goh Chia Tong atlet Universiti Sunway menerusi acara 400 meter gaya bebas wanita dengan masa 4 minit 28 perpuluhan 51 saat.
Pingat emas acara ini di menangi oleh Chan Zhi Yi dari Singapura demgan masa 4 minit 27 perpuluhan 58 saat. Gangsa milik Prada Hanan Farmadini Indonesia.
Pingat Perak kedua Malaysia diperolehi menerusi acara 50 meter gaya kupu-kupu lelaki oleh Ng Tze Xiang dengan masa 24 perpuluhan 82 saat. Pingat emas acara ini
dimenangi oleh Navaphat Wongcharoen dengan masa 24 perpuluhan 79 saat. Pingat Gangsa milik Joe Aditya Wijaya Kurniawan dari Indonesia.
Sekaligus acara renang menyumbang 1 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa menjelang hari perasmian Temasya AUG Thailand, khamis ini.
Add Comment