Lain-Lain

MB Kedah pamer bakat bermain ragbi


FOTO UPDA

Sentuhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam sukan ragbi sejak dari bangku sekolah belum hilang apabila mampu beraksi bersama bekas-bekas pemain ragbi negeri itu pada petang Ahad.

Rata-rata netizen tertarik dan kagum dengan kemampuan Muhammad Sanusi yang mampu beraksi dalam pelbagai bidang sukan termasuk bolasepak dan badminton 

Beliau hadir dalam Kejohanan Ragbi Kubang Pasu 10’S bagi merebut Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti, Alor Setar.

Kejohanan ini anjuran dari Persatuan Ragbi Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 

“Bukan biasa-biasa bos Kita…ingat pandai main bola ngan badminton ja,” kata seorang netizen, Asyrafful Shafiq.

“Next tengok MB main takraw lak … tunggu dan lihat nanti … serba serbi MB pukoi habih,” tulis seorang lagi netizen, Man Hashim.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: