MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan akan turut serta bersama pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meninjau keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
“Saya fikir elok mengadap tunku mahkota Johor (TMJ) , esok akan melawat padang dan daripada itu akan bincangkan lanjut,”katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga Sukan Malaysia (MSL) 2022, di Kompleks Sukan Shah Alam, sebentar tadi.
Untuk rekord, Tunku Ismail dalam satu hantaran menerusi laman Twitter mahu menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional itu.
TMJ turut akan melakukan lawatan ke SNBJ selain berkongsi kos serta penyelenggaraan rumput baharu di stadium berkenaan tidak melebihi RM240,000 setahun.
Faizal Azumu berkata, KBS memberi jaminan kepada TMJ bahawa kementeriannya akan memastikan bahawa padang di SNBJ diselia dan dijaga dengan baik.
Katanya, beliau akan memastikan penggunaannya untuk aktiviti sukan terlaksana, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga akan bekerjasama rapat dengan Pengurusan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi tujuan itu.
Add Comment