Lain-Lain

MSL pentas kumpul bakat baharu – Faizal Azumu


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Liga Sukan Malaysia (MSL) dalam usaha menggalakkan lagi orang ramai menyertai sukan di peringkat daerah.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata, menerusi pelancaran MSL akan menyaksikan lebih 140,000 orang menyertai bermula di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sekali gus berpotensi untuk mengumpulkan bakat-bakat baharu.

“Salah satu daripada keutamaan yang akan diberikan KBS adalah pembanguna bakat baharu. Ia adah pelaburan masa depan bagi memastikan Malaysia tidak kekeringan penyambung legasi arena sukan negara.

“Untuk mencari bakat berkenaan, semua pihak perlu menggembleng tenaga secara proaktif. Dengan populasi lebih kurang 33 juta orang, saya percaya Malaysia tidak ketandusan permata baharu.

“Maka, usaha berkenaan akan digerakkan melaluli pelaksanaan MSL yang bertujuang membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi gerakan gaya hidup aktif dan sihat di samping mencari bakat baharu,” pada sidang media selepas Majlis Pelancaran MSL di Kompleks Sukan Shah Alam, sebentar tadi.

Untuk itu katanya, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengaktifkan 15 Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS negeri) dan 122 Pejabat Belia dan Sukan Daerah di seluruh negara dengan sokongan badan sukan setempat yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) bagi orang ramai mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: