Lain-Lain

Azizulhasni, Cheong Min dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/20


JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, Selasa malam.

Pelumba kelahiran Terengganu itu meletakkan namanya sebaris dengan legenda sukan tanah air, Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei  yang turut merangkul gelaran sebanyak empat kali sebelum ini.

Pelumba berusia 34 tahun itu yang diberi gelaran ‘The Pocket Rocketman’ mengatasi empat lagi pencabar lain bagi anugerah berkenaan iaitu atlet bina badan, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Khairul Anuar Mohamad (memanah), Tan Chye Chern (tenpin boling) dan Wong Weng Son (wushu).

Sementara itu, bagi Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 pula disandang  atlet wushu wanita negara, Tan Cheong Min yang menjadi atlet pertama dalam sukan itu.

Dia menewaskan empat pencabarnya iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (tenpin boling) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).

Senarai Penuh Pemenang ASN 2019/2020:

Olahragawan Kebangsaan – Datuk Azizulhasni Awang (Basikal trek)

Olahragawati Kebangsaan – Tan Cheong Min (Wushu)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan – S Suresh (Para memanah)

Olahragawati Paralimpik Kebangsaan – Tiada

Pasukan Lelaki Kebangsaan – Muhammad Raqiq Ismail, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malek (Tenpin boling)

Pasukan Wanita Kebangsaan – Datuk Pandelela Rinong, Datuk Leong Mun Yee (Terjun)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan – Marzuki Zakaria (Para memanah)

Jurulatih Wanita Kebangsaan – Nor Hashimah Ismail (Boling padang)

Anugerah Tokoh Sukan – Datuk Sieh Kok Chi

Anugerah Kepimpinan Sukan – Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong, Datuk S Vegiyathuman (Kesatuan Olahraga Malaysia), Lt Kdr (B) Kamaruzaman Kadir (Persatuan Powerlifting Malaysia)

Anugerah Khas – Persatuan Hoki Negeri Perak (Piala Sultan Azlan Shah), Sekolah Kebangsaan Lemoi Cameron Highlands, Pahang, Kelab Penyokong Sukan Malaysia Famemas


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: