
BINTANG Bayern Munich dan Poland Robert Lewandowski menamatkan kontrak tajaan bersama syarikat teknologi terkenal dari China, Huawei.
Ia susulan laporan mededahkan Huawei membantu Rusia dalam pencerobohan serangan ke atas Ukraine.
Laporan di China memberitahu syarikat teknologi gergasi itu membantu presiden Rusia Vladimir Putin dalam usaha menstabilkan rangkaian internet selepas ia diserang daripada kumpulan penggodam di seluruh dunia.
Satu laporan, yang muncul di laman berita China tetapi kemudiannya dipadamkan, mendakwa bahawa Huawei akan menggunakan pusat penyelidikannya untuk melatih ‘50,000 pakar teknikal di Rusia’.

Lewandowski telah memutuskan untuk berhenti daripada peranannya sebagai duta serantau untuk syarikat itu di Poland, Eropah tengah dan timur serta Scandinavia.
“Huawei CBG Polska kesal dengan berakhirnya kerjasama dengan Robert Lewandowski. Kami menghargai kerjasama jangka panjang dan mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan,” jelas satu kenyataan daripada syarikat itu.
Ejen penyerang itu, Tomasz Zawislak, turut memaklumkan Interia Sport bahawa penamatan kontrak tajaan itu dibuat oleh Lewandowski dan bukannya Huawei.
“Memang benar. Hari ini kami memutuskan untuk menamatkan kerjasama pemasaran antara Robert Lewandowski dan jenama Huawei.
“Oleh itu, pelaksanaan semua perkhidmatan promosi telah digantung di pihak kami.”






Add Comment