Lain-Lain

Aksi 123 ‘badang’ 14 Mac ini


Ahmad Janius Abdullah . Foto: Bernama

SERAMAI 123 peserta dari seluruh negeri akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Kebangsaan 2022 yang bakal berlangsung 14 hingga 19 Mac ini di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Pengerusi pertandingan, Ahmad Janius Abdullah berkata, kejohanan itu mempertandingkan 27 kategori lelaki dan wanita bagi acara snatch dan clean and jerk.

“Kejohanan tersebut hanya melibatkan kategori remaja menerusi penganjurannya pada tahun-tahun sebelum ini namun kita mendapat banyak permintaan daripada persatuan angkat berat negeri lain yang mahu menghantar atlet mereka.

“Lebih-lebih lagi kejohanan ini juga dianggap sebagai persediaan mereka untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Kuala Lumpur nanti,” jelasnya kepada media selepas mesyuarat penyelarasan kejohanan di MPJ pada Isnin.

Ahmad Janius yang juga Naib Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berkata, sambutan menggalakkan itu juga berikutan kebanyakan atlet tidak dapat menyertai mana-mana pertandingan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan dalam tempoh dua tahun ini. –Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: