Lain-Lain

Grace idam emas, sasar balingan 63 meter di Hanoi Mei ini


Grace mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2022. Foto: Bernama

JAGUH baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei berazam melunaskan dua misi penting di Sukan SEA Hanoi, Mei ini.

Grace yang merupakan pemegang rekod kebangsaan berazam memadam rekod temasya iaitu 59.24 meter yang dilakar pada edisi 2017 (Kuala Kumpur) dengan menyasarkan balingan 63 meter di Hanoi yang bakal bermula 12-23 Mei depan.

“Saya sasar emas dan jarak 63 meter dekat Sukan SEA nanti, kerana 59.24m adalah rekod saya dan pada temasya yang lepas (2019) saya dapat perak selepas kalah dengan Thailand,” kongsinya kepada Bernama.

Grace berkata demikian selepas menjuarai acara baling tukul besi dengan catatan 61.87m pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-97 yang kini berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Malaysia, Bukit Jalil.

Sekiranya atlet kelahiran Sarikei, Sarawak ini berjaya melakukan balingan 63m, dia secara tidak langsung memperbaharui rekod kebangsaan iaitu 62.48m, yang dicatat pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia tahun lepas.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: