Bola Sepak

Turun tanpa tiga pemain import, mampukah Sabah FC raih kemenangan pertama ?


Datuk Ong Kim Swee

TIGA pemain import serta beberapa pemain tempatan berkemungkinan tidak dapat diturunkan menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Likas, malam ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee, berkata dua pemain import Brazil, Neto Pessoa serta Jackson De Souza dan Taiki Kagayama, pemain import Jepun dan beberapa pemain lain masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

“Kita masih mempunyai tempoh sebelum sepak mula Liga Super… Paling penting kita harus melihat dari segi tahap kecergasan mereka sebelum memikirkan sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya.

“Kita tidak harus memikirkan hanya perlawanan pertama atau kedua, tetapi seterusnya saya perlu memikirkan jangka masa panjang untuk pastikan semua pemain berada dalam tahap kecergasan terbaik mereka,” katanya dipetik menerusi SabahNewsToday.

Barisan pemain Sabah FC menjalani latihan menjelang aksi menentang Negeri Sembilan FC, malam ini.

Mengenai pertemuan pertama Liga Super menentang Negeri Sembilan FC malam ini, Kim Swee berkata Sabah FC sudah bersiap sedia melayani kunjungan mereka nanti.

“Beliau turut mengingatkan kepada semua pemainnya agar tidak memandang rendah kepada kemampuan Negeri Sembilan FC meskipun mereka baharu dinaikkan ke Liga Super musim ini

“Mereka mempunyai barisan pemain berkualiti sekali gus boleh menjadi ancaman menjelang pertemuan nanti,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading