Bola Sepak

Pemain perlu berlagak seperti JUARA – Bung Moktar


Presiden SAFA,, Datuk Seri Bung Moktar Radin

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu Sabah FC mengambil peluang beraksi digelanggang sendiri untuk meraih tiga mata penuh pada aksi menentang  Negeri Sembilan FC di Stadium Likas malam ini.

Tegasnya, semua pemain mesti berlagak juara serta elak jangan mahu menang tetapi seolah-olah seperti macam mahu kalah.

Katanya jika mahu menang pemain Sabah FC mesti menunjukkan gaya macam mahu menang agar disegani oleh pihak lawan.

“Sabah FC mesti menang pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC pada pertemuan pertama di Stadium Likas malam ini.

“Ini tempat dan gelanggang keramat kita…buktikan dengan kewujudan pasukan baharu ini Sabah FC akan dapat memperagakan satu pasukan yang berkualiti dengan mempunyai semangat juang tinggi sekali gus mempunyai semangat untuk menang dalam setiap perlawanan,” katanya dalam kenyataan Facebook rasminya hari ini.

Bung Moktar berkata beliau yakin dengan ketrampilan serta pengalaman Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee Sabah FC akan memanfaatkan kelebihan beraksi dilaman sendiri malam ini.

“Jangan hampakan harapan peminat serta pihak pengurusan. Malam ini kita memang mahu menang…Oleh itu semua pemain harus dengar setiap arahan yang dikeluarkan jurulatih,” katanya.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: