EPL

“Terima kasih Roman. Pemilik kelab terbaik dunia” – Terry


LEGENDA John Terry meluahkan penghargaan kepada Ramon Abramovich selepas laporan mendedahkan pemilik The Blues itu akan menjual Chelsea.

Beberapa hari sebelum ini timbul laporan Abramovich akan melepaskan Chelsea berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine dan ianya disahkan sendiri oleh kelab.

Jutawan Rusia itu menerima hakikat bahawa dia sukar untuk meneruskan kapasiti sebagai pemilik kelab berdasarkan ‘situasi semasa’.

Abramovich memberitahu hutang 1.5 bilion paun kelab kepadanya ‘dihapuskan’ dan semua pendapatan yang dijana hasil daripada penjualan kelab akan disalurkan kepada dana yang menguruskan ‘mangsa-mangsa perang di Ukraine’.

Penyokong-penyokong Chelsea segera memberi respon dengan menyatakan rasa terima kasih mereka kepada Abramovich, yang telah menjadikan kelab itu sebagai salah satu yang terbesar dan paling berjaya di dunia.

Malah bekas kapten Chelsea, Terry turut memberi komen: “Terima kasih Roman. Pemilik kelab terbaik di dunia.”

Abramovich membuat keputusan menjual kelab Chelsea berikutan situasi semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Terry merangkul 16 trofi di bawah pemilikan Abramovich termasuk lima kali juara Liga Premier.

Abramovich meletak tanda harga 3 bilion paun untuk melepaskan kelab yang dipegang selama dua dekad.

“Dalam situasi sekarang, saya membuat keputusan untuk menjual kelab… saya tidak akan akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik.

Abramovich telah mengarahkan bank Amerika Raine Group untuk mengendalikan penjualan itu.

Jutawan Switzerland Hansjorg Wyss mendakwa dia telah ditawar (membeli) dan kini sedang mempertimbangkan sebagai sebahagian daripada konsortium yang termasuk Todd Boehly, pemilik bersama kelab besbol Los Angeles Dodgers.

Sumber mendakwa Abramovich percaya Chelsea bernilai lebih daripada £3b.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading