EPL

Pelukan Zinchenko dan Mykolenko detik sedih sebelum sepak mula


Zinchenko (kiri) dan Mykolenko berkongsi perasaan sedih berikutan serangan Rusia ke atas negara mereka Ukraine. Foto: Getty Images

OLEKSANDR Zinchenko dan Vitaliy Mykolenko berkongsi emosi sedih sebelum perlawanan di antara Manchester City dan Everton pada Sabtu.

Kedua-kedua pemain itu kelihatan berpelukan meluahkan rasa sedih susulan serangan Rusia ke atas Ukraine sejak beberapa hari lalu.

Beraksi di kelab berbeza, kedua-dua pemain ini mengetepikan soal persaingan memandangkan apa yang berlaku di negara sendiri amat menyedihkan mereka.

Pemain-pemain Everton mengibar bendera Ukraine di bahu sebagai tanda sokongan kepada Ukraine.

Zinchenko menghargai sokongan daripada kedua-dua pasukan penyokong dengan bertepuk tangan tanda penghargaan ketika menuju ke padang.

Malah solidariti yang ditunjukan oleh pemain-pemain Everton yang mengibarkan bendera Ukraine di bahu masing-masing, manakala skuad Man City turut memakai baju-T dengan perkataan ‘No War’.

Skuad Manchester City memakai baju-T ‘No War’ sebagai tanda soladariti.

Stadium Goodison Park juga bergema dengan lagu ‘He Ain’t Heavy, He’s My Brother‘ nyanyian  kumpulan terkenal  The Hollies  menambah lagi emosi sedih sebelum sepak mula berlangsung.

Pada perlawanan tersebut menyaksikan City menang 1-0 dengan jaringan Phil Foden minit ke-82.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: