
PEMAIN golf profesional negara, Gavin Green membuka musim Jelajah Profesional Golf Malaysia (PGM) 2022 dengan menjulang trofi Piala Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf & Country Club pada Sabtu.
Pada hari terakhir kejohanan itu, Green,28, cuba mengelak bermain secara ‘play off’ apabila dicabar sengit daripada pemain berpengalaman Danny Chia.
Green berjaya menamatkan pukulan keseluruhan dengan 71 (-13) manakala Chia dengan 68 mata .
“Ia seperti satu pusingan seperti ‘roller-coaster’ kerana sudah lama saya tidak berada dalam kedudukan itu. Terdapat begitu banyak perkara yang bermain di fikiran saya kerana semua peralatan saya serba baharu. Untuk menang di bawah tekanan dan kepercayaan kelab adalah satu kelebihan yang besar bagi saya.
“Selepas bergelut dengan situasi sukar tahun lalu, kemenangan ini sesuatu yang bagus, lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri,” jelasnya kepada Golf Matters.
Sementara itu, Chia mengakui amat gembira dapat bermain bersama Green.

“Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain… sejak zaman mudanya lagi dan kami seronok dapat bermain bersama empat hari berturut-turut minggu ini.
“Malah saya gembira dengan corak permainan, serta turut gembira untuk Gavin (menang),” ujarnya.
Selain itu, pendahulu pusingan pertama Shahriffuddin Ariffin mencatat 69 untuk berkongsi tempat ketiga bersama Kenneth De Silva.
Kemenangan tersebut menyaksikan Green membawa balik hadiah wang tunai RM35,000 bersama trofi.











Add Comment