Lain-Lain

Golf: Gavin kuasai kedudukan hari terakhir Piala Tun Ahmad Sarji


Gavin mempamerkan pukulan terbaik pada hari terakhir Kejohanan Piala Tun Ahmad Sarji, Jumaat.

PEMAIN golf profesional negara, Gavin Green mempamerkan aksi terbaik pada hari ketiga Kejohanan Piala Tun Ahmad Sarji yang berlangsung Saujana Golf & Country Club pada Jumaat.

Gavin membuat pukulan 3 di bawah par 69 sekaligus mendahulu kedudukan terbaik untuk meraih trofi pertama dalam Kalendar Jelajah Profesional Golf Malaysia (PGM) 2022.

Green mempunyai kelebihan empat pukulan berbanding seorang lagi pemain profesional berpengalaman Danny Chia yang beraksi cemerlang pada hari kedua (Khamis), namun terpaksa berada di kedudukan kedua hari ini.

Berada di tempat ketiga pula ialah Kenneth De Silva yang ketinggalan lapan pukulan di belakang pendahulu.

Manakala pemain amatur terbaik selepas 54 lubang dikuasai Zia Izzuddeen dengan catatan 71, 76, 70.

Kejohanan yang kembali dianjurkan selepas hampir dua tahun tidak berlangsung berikutan pandemik Covid-19 ini menawarkan hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah RM200,000.

Kedudukan pusingan ketiga:

1. GAVIN GREEN -12 69 67 68
2. DANNY CHIA -8 74 69 65
3. KENNETH DE SILVA -4 70 70 72
4. DANIAL FAIDZ -3 67 72 74
5.SHAHRIFFUDDIN ARIFFIN -3 74 76 63


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: