Lain-Lain

Piala Tun Ahmad Sarji 2022: Danny Chia kuasai kedudukan hari kedua


Danny Chia mendahului kedudukan pada hari kedua kejohanan Piala Tun Ahmad Sarji, Khamis. Foto: Golf Review

PEMAIN berpengalaman profesional negara Danny Chia menguasai kedudukan pada hari kedua Piala Tun Ahmad Sarji di Kelab Golf & Desa Saujana pada Khamis.

Dia mencatat 3 bawah par 69 untuk mendahului Shahrifuddin Ariffin yang kurang menyerlah hari kedua selepas permulaan menakjubkan dengan mencatat eagle dan  tujuh birdie semalam.

Namun aksi hari ini menyaksikan hanya lima pemain sahaja yang berjaya memukul di bawah par 72.

Antaranya ialah Gavin Green yang mencatat markah terbaik hari itu dengan 5 bawah par 67 sekaligus meletakkan dia di tempat kedua di belakang Chia manakala Shahrifuddin di tempat ketiga.

Seramai 60 pemain mara ke pusingan ketiga kejohanan ini yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000.

Keputusan pusingan kedua:

1. Danny chia -10 (69), (65)
2. Gavin Green -9 (67), (68)
3. Shahriffuddin Ariffin – 5 (76), (63)
4. Galven Green -3 (70),(71)
5. Khor Keng Hwai -3 (72), (69)
6. Kenneth de Silva -2 (70), (72)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: