Lain-Lain

Pro-Am Amal Tun Ahmad Sarji 2022 berjaya kumpul 99 penyertaan


Ariff Tuah (kanan) menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada wakil Yayasan Pusat Pengajian Al-Quran di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam pada Selasa.

KALENDAR Jelajah Profesional Golf Malaysia (PGM) tahun ini membuka tirai dengan kejohanan pertama Pro-Am Amal Tun Ahmad Sarji 2022 yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, pada Selasa.

Seramai 74 pemain golf amatur beraksi bersama 25 orang pemain profesional sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selaku pengasas merangkap pengerusi PGM yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Program amal tahunan ini berjaya menarik sokongan 14 syarikat korporat iaitu UMW, MNRB, Northport, MIDF, HeiTech Padu, Sime Darby Property, Sime Darby Plantations, Dunlop Srixon, Berjaya Sompo, Karak Garden House, IOI Corporation, SBC Corporation, Prolintas dan Press Metal Aluminium Holdings.

Pemain profesional negara Gavin Green turut beraksi pada Pro-Am Amal Tun Ahmad Sarji 2022 yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club.

Selain itu, Dunlop Srixon turut menaja hadiah kepada lima pemenang, manakala UMW Toyota turut tampil menaja sebuah kenderaan baharu berupa Toyota Corolla Cross Hybrid sebagai hadiah hole-in-one bagi lubang 17 manakala KIA Motors menaja sebuah KIA Carnival baharu bagi lubang 12.

Hadiah utama pertandingan dimenangi oleh pasukan yang diperkuatkan oleh pemain profesional PGM, Low Khai Jei bersama tiga amatur iaitu Ismadi Abdul Manap, Hazreen Mubarak, Yazid Mahat.

Barisan pemenang Pro-Am Amal Tun Ahmad Sarji 2022 yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dan Presiden Saujana Golf & Country Club, Tan Sri Megat Zaharuddin Mohd Nor.

Dalam pada itu, kutipan sumbangan yang berjaya dikumpulkan menerusi penganjuran program ini didermakan kepada dua organsiasi yang dipilih oleh keluarga Allahyarham iaitu Yayasan Pusat Pengajian Al-Quran dan Tun Ahmad Sarji Research Endowment Fund (TASREF), PICOMS.

Sumbangan tersebut disampaikan anak lelaki Allahyarham iaitu Ariff Tuah masing-masing sebanyak RM20,000 kepada dua organisasi berkenaan pada majlis makan tengahari sejurus selepas pertandingan berakhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: