
PASUKAN lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menewaskan pasukan Korea Selatan 3-0 dalam saingan separuh akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Sabtu.
Kejayaan pasukan negara bermula dengan kemenangan pertama menerusi jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia bertemu Jeon Hyeok Jin dengan keputusan 13-21,21-13,21-15 dalam tempoh satu jam tujuh minit.

Pasangan beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memberi kemenangan kedua bertemu Kim Hwi Tae-Kim Jaehwan dengan keputusan 21-14,20-21,21-19.
Manakala Ng Tze Yong melakar kemenangan ketiga ke atas Kim Joo Wan sekaligus mengesahkan kemenangan 3-0 buat pasukan Malaysia.

Pasukan negara bakal berdepan musuh tradisi Indonesia di pentas akhir, seperti edisi 2020 yang menyaksikan pasukan Malaysia bergelar naib juara.






Add Comment