
PASUKAN badminton wanita negara mengakhiri persaingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada Korea Selatan 3-0.
Pada saingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City pagi ini, pasukan negara dimulakan dengan aksi perseorangan wanita utama S.Kisona yang tewas kepada Sim Yujin dengan keputusan 16-21,17-21 dalam tempoh 38 minit.
Aksi kedua beregu wanita Valeree Siow- Pearly Tan juga gagal memberi mata buat negara apabila tewas kepada pasangan di ranking ke-12 dunia Baek Ha Na-Seong Seung Yeon dengan keputusan 15-21,14-21.

Manakala Korea Selatan mengesahkan kemaraan ke final apabila mengutip kemenangan ketiga menerusi Lee Se Yeon yang terpaksa bekerja keras menewaskan pemain negara Siti Nurshuhaini secara rubber-set dengan keputusan 21-11,15-21,21-13 dalam tempoh 44 minit.
Pencapaian ke peringkat separuh akhir pasukan wanita negara menyamai rekod BATC 2020 di Filipina.





Add Comment