EPL

Rangnick nafi punyai masalah dengan Lingard


Ralf Rangnick

PENGURUS sementara Manchester United, Ralf Rangnick menafikan dia mempunyai masalah dengan Jesse Lingard selepas pemain itu tidak bersama pasukan ketika United menentang Middlesbrough dalam Piala FA, Sabtu lalu.

Rangnick berkata Lingard meminta cuti selepas gagal berpindah pada jendela perpindahan Januari.

“Mengenai Jesse, saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengannya.

“Dia tahu bahawa saya akan melepaskannya, sekurang-kurangnya sehingga isu Mason (Greenwood) timbul. Segala-galanya telah dibincangkan, dia (Lingard) menyebut beberapa perkara peribadi.”

“Tetapi sekarang kita perlu melihat ke hadapan. Tiada masalah antara saya dan Jesse, begitu juga sebaliknya.

“Saya gembira dia kembali dalam skuad dan dia akan berada dalam skuad ,” kata Rangnick seperti dilaporkan Sky Sports.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: