EPL

Eriksen mula jalani latihan bersama Brentford


Eriksen kelihatan gembira menjalani latihan bersama Brentford. Foto: Brentford.

CHRISTIAN Eriksen mula menjalani latihan pertama bersama Brentford selepas tiba di kelab minggu lalu.

The Bees mengikat kontrak bekas pemain tengah Tottenham itu pada hari terakhir jendela perpindahan Januari lalu.

Eriksen,29, kembali ke padang selepas tujuh bulan mengalami serangan jantung ketika beraksi bersama negaranya Denmark pada Euro 2020 menentang Finland.

Pemain itu terpaksa meninggalkan Inter Milan secara persetujuan bersama berikutan Itali tidak membenarkan pemain-pemain amatur atau profesional beraksi dengan memakai implantasi defibrilator kardioverter (ICD).

Sebelum tiba di Brentford, Eriksen telah menjalani latihan bersama bekas kelabnya Ajax.

Bagaimanapun pengurus Thomas Frank tidak mengharapkan Eriksen untuk bersedia dalam tempoh beberapa minggu ini, namun dia percaya pemain itu akan membuktikan kebangkitannya tidak lama lagi.

“Ia berpotensi menjadi pemain terbaik yang pernah ada untuk Brentford.

“Dengan kisah di sebaliknya, ia akan menjadi hari yang sukar dipercayai apabila dia melangkah ke padang untuk kami.

“Apa yang berlaku kepadanya tahun lepas adalah ‘gila’. Ia satu keajaiban dan berita yang hebat.

“Kami semua telah melihatnya selama bertahun-tahun sebagai salah seorang pemain tengah terbaik beraksi dalam Liga Perdana dan juga untuk pasukan antarabangsanya.

“Apa yang berlaku kepadanya pada Jun lalu satu kejutan bagi kami semua dan apabila tiba masanya kami melihat dia kembali ke padang, ia akan menjadi sesuatu yang besar,” jelasnya.

Eriksen sebelum ini menghabiskan tujuh tahun dalam Liga Perdana bersama Spurs, menjaringkan 69 gol dalam 305 penampilan untuk kelab utara London itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading