Bola Sepak

Pra-musim Dubai: Farizal ada misi tersendiri musim 2022


Bergson (dua,kanan) menjaringkan gol seawal minit kedua perlawanan membantu pasukan meraih keputusan seri 2-2.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PENJAGA gawang Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias tekad memastikan perjalanan pasukan dalam kejohanan ACL Champions League 2022 mampu melepasi peringkat kumpulan yang belum pernah diraih mana-mana pasukan dari Malaysia.

Mengakui ia bukan tugas mudah, namun penjaga gawang berusia 36 tahun ini menyifatkan dalam bola sepak segala-galanya tidak mustahil bersandarkan kekuatan pasukan ketika ini.

Tegasnya, musim 2022 sudah pastinya kejayaan melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan ACL diharapkan selain terus mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut.

“Sasaran saya bagi musim ini adalah membantu pasukan melangkah lebih jauh dalam saingan ACL, secara peribadi di usia 36 tahun ketika ini saya masih ingin capai sesuatu buat pasukan,” jelasnya.

Musim ini merupakan penampilan keempat pasukan Harimau Selatan yang mana dalam tiga penampilan yang disertai sebelum ini kempen mereka berakhir setakat di peringkat kumpulan sahaja.

Berdasarkan undian yang dijalankan sebelum ini  JDT diletakkan dalam kumpulan I bersama pasukan dari Liga Jepun iaitu Kawasaki Frontale dan pasukan Liga Super China, Guangzhou FC.

Satu lagi slot akan diisi pemenang pusingan play-off di antara kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai atau dari Thailand, Port FC.

Bermula 15 April 2022 sehingga 1 Mei 2022, JDT akan bersaing dalam peringkat Kumpulan I bersama Kawasaki Frontale, Guangzhou FC, dan pemenang ‘Play Off’ 3 antara Ulsan Hyundai dan Port FC di Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 edisi ke-41 yang berkonseptualkan perlawanan berpusat atau karnival di lokasi yang akan ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Untuk rekod musim 2020 JDT terpaksa menarik diri dari menyertai saingan ACL susulan lonjakan kes COVID-19 yang melanda dunia.

Musim 2021, skuad kendalian Benjamin Mora menamatkan saingan di tangga ketiga dalam kumpulan G yang mana ia turut dihuni Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Rachburi.

Bagaimanapun untuk musim 2022 ini, JDT dilihat mampu mencipta sejarah lepasi peringkat kumpulan berdasarkan rekod cemerlang pasukan itu termasuk kehadiran pemain-pemain baru yang akan memperkuatkan skuad Mora musim ini.

Aksi penyerang import baharu JDT, Fernando Forestiieri ternyata berada dalam kelas tersendiri.

Mengulas persiapan pasukan yang ketika ini berada dalam siri pra perlawanan di Dubai, Farizal  yang dicalonkan bagi kategori Penjaga Gol Terbaik – Kesebelasan Utama Sepanjang Zaman Piala AFC oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ia memberi peluang kepada semua pemain merasai perlawanan berintensiti tinggi.

“Persiapan amat baik buat kami ketika ini, berdepan dengan pasukan hebat dan berintensiti tinggi memberikan pengalaman kepada semua pemain untuk dibawa dalam saingan domestik Liga Malaysia.

“Ada empat lagi perlawanan yang akan kami lalui pada pra perlawanan kali ini, saya harapkan semua pemain bekerja keras dan mengekalkan intensiti tinggi ke tahap maksimun,” jelasnya ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang kelab Slovakia, MSK Zilina di Emeriah Arab Bersatu (UAE) .

Pada perlawanan tersebut, peledak berbisa JDT, Bergson da Silva dan pemain import baharu dari Sepanyol, Moussa Sidibe yang beraksi pada separuh masa kedua meledak gol membantu pasukan meraih keputusan seri 2-2.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading