Bola Sepak

Bola@Mamak berakhir, ‘Paklong’ Hafizal kongsi momen lapan tahun


Hafizal (kiri) bersama pasukan produksi yang menjadi ‘tulang belakang’ program Bola@Mamak bertahan lama.

SELEPAS hampir lapan tahun, program siaran langsung Bola@Mamak yang menjadi tumpuan perbincangan bola sepak tanah air berakhir dengan pelbagai kenangan.

Pengacara sukan popular Hafizal Hamad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Paklong’ mengakui agak sedih kerana program ini telah menjadi satu platform bagi semua peminat meluahkan pendapat mengenai isu-isu bola sepak tanah air.

“Jujur saya cakap, semalam memang tidak boleh tidur. Bola@Mamak ni macam ‘baby’, tak buat benda lain pun ‘takpe’. Sepanjang bersiaran, program ini sudah mengumpul ramai peminat kerana konsepnya bola mamak ini sangat telus. Tak ada simpan-simpan.

“Bola mamak adalah cerita famili bola sepak Malaysia, ‘cara kita, ‘ini rumah kita’. Banyak pembongkaran yang telah kita buat sehinggakan ada pemimpin-pemimpin bola sepak tak senang duduk. Malah kita telah membantu mengutarakan masalah-masalah pemain-pemain.

“Paling penting adalah hubungan kita dengan penyokong-penyokong. Apa sahaja yang mereka minta, kami cuba tunaikan. Fans bola mamak ini ada yang suka, ada yang tak suka. Tetapi yang mana tak suka tu, masih juga menonton untuk dapatkan maklumat,” kongsinya kepada Cakap Sukan.

Episod terakhir Bola@Mamak semalam.

Dalam pada itu, Hafizal memberitahu penamatkan program ini adalah satu perubahan yang akan dibuat oleh pihak pengurusan.

“Akan muncul program baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi dengan beberapa pembaharuan. Ia memang sukar tetapi kita perlukan perubahan.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang mengikuti program Bola@Mamak… ada yang follow kami sejak bujang sampailah sudah berkeluarga. Team production antara kekuatan sebenar program ini,” jelasnya.

Selain itu, ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cakap Sukan, Izahar Atan yang juga merupakan salah seorang panel Bola@Mamak turut meluahkan rasa sedih dengan berakhirnya program ini.

“Program ini menjadi wadah peminat bola sepak tanah air, sangat telus, apa sahaja mengenai bola sepak dibincangkan di sini tanpa ada had, demi bola sepak tanah air,ā€ ujarnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: