Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika : Juara empat kali tersingkir


Barisan pemain Comoros meraikan kejayaan menewaskan Ghana, 3-2.

 

PASUKAN kerdil, Comoros melakar kejutan dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan juara empat kali, Ghana, 3-2  dalam saingan Kumpulan C di Garoua.

Kekalahan Ghana ini menyaksikan menyaksikan Maghribi dan Gabon yang seri 2-2 di Yaounde dalam satu lagi aksi kumpulan berkenaan  mengekalkan kedudukan di tempat pertama dan kedua, sekali gus layak ke pusingan 16 terakhir yang bermula Ahad ini.

Pada perlawanan tersebut, Comoros terlebih dahulu berada didepan hasil jaringan El Fardou Muhamed pada minit ke-4 sebelum rakan sepasukan Ahmed Mogni mengandakan kelebihan separuh masa kedua pada minit ke-61.

Namun selang tiga minit kemudian Ghana merapatkan jurang menerusi Richmond Boakye dan jaringan penyamaan pada minit ke 77 menerusi Alexander Djiku sebelum Ahmed sekali meledak gol kedua peribadi dan ketiga Comoros pada minit ke 85.

Pada perlawanan tersebut juga menyaksikan kapten The Black Star Andre Ayew dibuang padang pada minit ke-25 selepas dilayangkan kad merah.

Comoros, mewakili negara kepulauan kecil di tenggara Afrika, berada di tempat ketiga dan perlu menunggu baki perlawanan hari ini bagi melihat sama ada mereka berada dalam kelompok empat pasukan tempat ketiga terbaik.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: