Bola Sepak

Real Madrid raih gelaran Piala Super Sepanyol


Real Madrid memenangi trofi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao 2-0.

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti terus memastikan koleksi kejuaraan buat pasukan selepas skuad bimbingan Athletic Bilbao 2-0 pada final Piala Super Sepanyol di Arab Saudi, awal pagi tagi.

Jaringan Luka Modric (m-32) dan penalti yang disempurnakan Karim Benzema (m-52) memastikan trofi pertama buat Ancelotti sejak memenangi Piala Super Jerman 2017 bersama Bayern Munich, empat setengah tahun lalu.

Pengendali berusia 62 tahun itu pernah membantu Real memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah ke-10 mereka pada tahun 2014.

Dia turut memenangi Piala Raja Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab dengan Madrid ketika kali pertama membimbing kelab itu sehingga tahun 2015.

Dia hanya perlu memenangi La Liga untuk menjadi pengendali pertama dalam sejarah kelab memenangi kesemua enam trofi utama ditawarkan. Mereka kini mendahului saingan liga dengan 49 mata daripada 21 perlawanan, lima mengatasi Sevilla.

Ancelotti turut memenangi tiga trofi bersama Bayern, satu bersama Paris Saint-Germain, tiga dengan Chelsea, lapan bersama Milan dan satu dengan Juventus.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: