Bola Sepak

Liga M 2022 : Pemain kacukan dan berpengalaman perkuat Sri Pahang FC


Nicholas Ryan Swirad

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERTAHANAN berdarah kacukan Malaysia-England, Nicholas Ryan Swirad kekal bersama Sri Pahang bagi musim 2022.

Pemain yang turut boleh beraksi sebagai defensive midfield ini menyertai Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua musim lalu setelah membantu Nongbua Pitchaya menjuarai Liga 2 Thailand.
Ketenangan, pengalaman dan aksi solid pemain berusia 31 tahun ini menyaksikannya terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk membentuk gandingan ampuh bersama Johan Martial di barisan defensif musim ini.
Muslim Ahmad
Dalam perkembangan sama yang dikongsikan menerusi laman rasmi pasukan, Sri Pahang FC turut mengumumkan pemain berpengalaman, Muslim Ahmad kembali untuk memperkuatkan benteng pertahanan Sri Pahang bagi saingan musim 2022.
Bekas kapten Sri Pahang ini pada awalnya diumumkan sebagai salah seorang pemain yang meninggalkan pasukan selepas berakhir musim 2021.
Namun pemain berusia 33 tahun ini ditandatangani semula, menyaksikannya kekal menyarung jersi Sri Pahang buat musim keenam.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading