Bola Sepak

Piala AFF 2020: Thailand-Vietnam pertahan kehebatan masing-masing


Thailand-Vietnam bakal bertemu dalam aksi separuh akhir pertama malam ini.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PERTEMBUNGAN penuh epik dua negara top Asia Tenggara di antara Vietnam dan Thailand dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Singapura pada Khamis.

Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo, penuh rasa hormat kepada lawannya dalam persaingan walaupun dia mencabar Thailand untuk mencuba dan mencari jalan bagi memecahkan benteng pertahanan yang mencatat rekod bersih tanpa melepaskan satu gol dalam peringkat kumpulan.

“Thailand sentiasa menjadi pesaing utama untuk memenangi Piala Suzuki, mereka adalah pasukan yang kuat dengan kualiti tinggi, sementara kami perlu mencari penyelesaian untuk mencuba dan menjaringkan gol menentang mereka. Tetapi mereka juga mesti mencari jalan untuk menjaringkan gol bertemu kami,” ujarnya.

Hang-seo juga mengakui bahawa jurulatih Thailand, Alexandre Polking mempunyai pengalaman melatih di peringkat kelab di Vietnam, Ho Chi Minh City FC dan yakin ia tidak mempunyai kaitan dengan permainan ini.

Park Hang -seo

“Kami tidak perlu risau tentang perkara itu kerana ia berlaku pada masa lalu walaupun dia mungkin memahami pemain Vietnam, tetapi kami juga memahami ciri-ciri pasukan Thailand kerana kami telah bermain menentang mereka berkali-kali.”

Sementara itu, Polking pula memberitahu Vietnam mempunyai kelebihan yang jelas berbanding negara lain pada kejohanan itu.

“Saya tidak fikir untuk mengambil masa yang lama memberitahu perkara ini, tetapi apa yang pasti saya melihat betapa gigihnya pemain-pemain mereka bekerja dan saya tahu kualiti yang mereka ada.

“Tetapi dengan situasi Covid-19, ini bermakna mereka mempunyai lima bulan untuk bersama dan itu adalah situasi yang luar biasa kerana ia membolehkan mereka menguji setiap sistem dan setiap pemain,” jelas pakar taktikal dari Brazil ini.

Menyentuh tekanan yang dihadapi kedua-dua negara, Polking juga berkata dia tidak nampak sebab untuk berundur daripada falsafah menyerang.

Alexandre Polking. Foto: AseanFootball

“Mereka adalah juara bertahan dan kami mempunyai gelaran paling banyak daripada mana-mana negara jadi terdapat tekanan besar bagi kedua-dua pasukan. Saya pasti ia akan menjadi perlawanan yang sangat menarik antara dua pasukan yang bagus.

“Kami menjangkakan untuk memiliki bola untuk tempoh yang lebih lama dan Vietnam bertahan dengan baik tetapi kami akan terus bermain bola sepak dengan cara menyerang, sambil berhati-hati dengan transisi, kerana inilah yang berfungsi dengan baik dengan pemain kami,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment