EPL

Klopp persoal keputusan Tierney


PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mempersoalkan keputusan pengadil, Paul Tierney yang tidak melayangkan kad merah ke atas Harry Kane kerana mengasari Andy Robertson.

Tegasnya, dia tidak tahu apa masalah Tierney dengannya namun  lebih suka keputusan yang tepat di atas padang.

“Kane sepatutnya diberikan kad merah. Untuk penalti, pengadil memberitahu saya yang dia rasa Jota sengaja berhenti.

“Menakjubkan, dia berada di tempat terbaik di atas padang dan tidak memberikannya. Anda perlu tanya dia apa masalah dia dengan saya,” kata Klopp.

Ekoran bantahan tersebut, Klopp dilayangkan kad kuning kerana membantah dua keputusan penting dengan mendakwa Kane sepatutnya dibuang padang dan Jota berhak diberikan sepakan penalti.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.

Liverpool bangkit daripada jaringan awal Harry Kane untuk mendahului hasil jaringan Diogo Jota dan Andrew Robertson.

Bagaimanapun penyerang Korea Selatan Heung-min menyamakan kedudukan selepas Alisson gagal menampan hantaran lintang Harry Winks.

Liverpool bermain dengan 10 orang pada 13 minit terakhir selepas Robertson dilayangkan kad merah kerana mengasari Emerson Royal.

The Reds kini tiga mata di belakang pendahulu Manchester City, yang membelasah Newcastle 4-0.


Add Comment

Click here to post a comment