EPL

The Reds rakam kemenangan ke-2000 kelab, Salah ‘unstoppable’


Liverpool mencatat kemenangan ke-2000 pada aksi bertemu Newcastle Khamis.

Oleh: JJFIRDAUS

LIVERPOOL  berjaya mencipta sejarah Liga Inggeris apabila kemenangan ke atas Newcastle United 3-1 pada Khamis adalah kemenangan ke-2000 kelab dalam liga utama dan muncul pasukan pertama berbuat demikian.

The Reds muncul pasukan Inggeris pertama untuk mencipta rekod kemenangan ke-2000 tersebut menerusi perlawanan ke-4,227 mereka dalam divisyen atasan selain ianya adalah kemenangan liga ke-150 buat Jurgen Klopp sejak mengambil alih pada Oktober 2015.

Klopp berjaya memperolehi kemenangan ke-150 ini dengan kurang 12 perlawanan berbanding rekod lama yang dipegang oleh legenda, Sir Kenny Dalglish, yang melakukannya pada 2011.

Selain Liverpool, pemain penyerang, Mohammad Salah juga berjaya mencipta rekod peribadi apabila berjaya menjaringkan gol atau membuat bantuan gol dalam 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris menyamai rekod Jamie Vardy pada 2015.

Salah,29, juga muncul pemain pertama Liverpool yang berjaya menjaringkan lima gol menentang Newcastle United di Anfield mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Roger Hunt dengan empat gol pada tahun 1961 hingga 1967.

Satu gol dalam perlawanan itu juga meletakkan Salah kini dengan 22 gol dari 23 perlawanan musim ini dan 15 gol dalam Liga Perdana Inggeris meletakkan dia enam gol mendahului Diogo Jota dan Jamie Vardy dalam perebutan kasut emas.

Tiga gol yang dijaringkan Liverpool itu juga menjadikan mereka berjaya menjaringkan gol dalam 32 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, dengan hanya Real Madrid yang berjaya menghalang mereka menjaringkan gol pada April lalu.

32 perlawanan dengan jaringan ini juga adalah yang rekod terbaik buat kelab mengatasi rekod 31 perlawanan yang dicapai antara bulan April 1957 dan Januari 1958.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: