Bola Sepak

Kejohanan Asia: Eain Yow julang juara, tamatkan kemarau selama sedekad


Eain Yow menjulang trofi juara Kejohanan Asia di Pakistan. Foto: IF EainYow

PEMAIN skuasy No.1 negara, Ng Eain Yow merangkul gelaran juara pada Kejohanan Individu Asia 2021 yang berlangsung di Islamabad, Pakistan.

Eain Yow menewaskan pemain di ranking ke-25 dunia Yip Tsz Fung dari Hong Kong 11-6, 12-11, 11-9 pada perlawanan akhir hari ini.

Eain Yow bersama trofi juara. Foto: Skuashy Malaysia

Kemenangan ini menyaksikan Eain Yow yang berada di ranking ke-27 dunia berjaya menamatkan kemarau juara kejohanan ini selepas kali terakhir dijulang pada 2011 dan ia merupakan rekod keempat selepas Ong Bee Hee, Azlan Iskandar dan Nafiizwan Adnan.

Sementara itu, pemain skuasy wanita Rachel Arnold merangkul naib juara selepas tewas kepada pemain Hong Kong Tong Tsz-Wing 8-11, 13-11, 5-11 dalm tempoh 35 minit.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading